Cinta dalam Hati part 1
Rabu, 23 November 2011 @ 9:24 PTG | 0 comments





Eicha berdiri di sebalik tiang , memerhati Mia dan Liya . Hatinya tiba-tiba terasa cemburu . cemburu melihat kemesraan mereka . Dahulu dia lah yang sentiasa di sisi Mia . Berjalan ke kantin bersama-sama , bersembang di taman sekolah dan bergosip bersama . Namun ditahan jua perasaan cemburu itu . Dia bukan lagi Eicha yang dahulu . Eicha sekarang hanya pemerhati kawan lamanya Mia dari jauh sahaja . Bertapa sayu nya hati Eicha selama ini . 
        Laju langkah kaki diatur menuju ke perpustakaan . Tujuan utamanya untuk menghilangkan marah di hatinya yang sebetantar tadi menguasai diri . Eicha berasa lega apabila teman barunya Emily turut berada di situ . Emily dan Eicha telah berkawan baik semenjak 3 bulan yang lalu . Emily yang dahulunya seorang yang sangat pendiam kini berubah selepas berkawan dengan Eicha . Mereka menjadi kawan baik selepas Eicha mula menegur Emily yang pada ketika itu sedang bersendirian di taman sekolah . Sejak pada hari itulah Emily menjadi pengganti Mia . 
" Hai Emily " Eicha menyapa Emily yang sedang kusyuk membaca novel dengan sengihan lebar .
  Emily membalas senyuman Eicha .
"Novel apa yang kamu baca itu " saja Eicha bertanya soalan yang agak bodoh . hihik
"Ada cinta dalam hati" balas Emily sambil tersenyum . Sengaja dijawabnya dengan nada perli sedikit . Bukannya dia tidak tahu, Eicha sekarang mula angau pada Reza pelajar tingkatan 4 .

Eicha tersenyum . Dia juga tahu ada maksud di sebalik senyuman Emily sebentar tadi . 
"I know what you are trying to say . Better you stop it Emily !"
"Saya tak cakap apa-apa pun" Emily tergelak melihat Eicha yang sedang menahan malu . 
"Hmm , awak ini Emily" Eicha bangkit. Bengang dalam hatinya . Bukannya dia marah pada Emily.Dia benci dan marah kerana rasa yang muncul dalam hatinya.
 Ya!  memang dia sudah jatuh hati pada Reza di saat pertama kali dia bertentang mata dengan pelajar baru tingkatan 4 tersebut . Tapi dia tidak mampu meluahkan perasaan itu . Dia takut jikalau dia hanya bertepuk sebelah tangan . 

"Aduh , letihnya pada hari ini . Eicha mengeluh . Pelbagai aktiviti yang dilakukannya dengan Emily pada hari ini.Aktiviti yang agak membuang masa :P
walaupun letih , dia berasa gembira kerana aktiviti yang membuang masa itu lah telah mempertemukannya dengan Reza di sekolah tadi .
"Assalamualaikum" Eicha menyapa ibunya yang sedang memasak di dapur .
"Waalaikumsalam" Balas ibunya , Puan Zila .
"Apa yang Chef Zila masak untuk santapan anak mu ini" sengaja Eicha berkata begitu . saja mahu menyakat ibunya .
"Ada-ada saja kamu ini Eicha.Hari ini ibu nak masak ayam masak merah , sayur campur dan sambal udang saja"
Eicha menelan air liur. Ayam masak merah salah satu kegemarannya.
"Boleh Eicha bantu. Tiba-tiba saja tangan terasa gatal untuk membantu ibu ni hehehe" Eicha ketawa 
"ha , soalan itulah yang ibu tunggu dari tadi . Ibu memang perlukan pertolongan dari Chef Eicha . Tolong ibu ambilkan sayur dalam peti sejuk dan basuhkannya" 
Setelah sudah memasak . Eicha terus masuk ke bilik untuk menghilangkan rasa letih.Mahu saja dia melelapkan mata.Namun terpaksa dibatalkan niatnya itu . Dia masih ingat pesan ustazahnya di sekolah . Tidur pada waktu petang harinya boleh menyebabkan otak kita lemah .
Eicha terus ke meja belajar . Niat nya sekarang adalah ..... jeng3 . Dia bukannya mahu membaca buku tapi dia mahu melayari internet di laptop kesayangannnya . nak online FACEBOOK . 

"Hehehe sweet jugak Eicha pakai baju pink ni ya !" Eicha memuji dirinya . Gambar - gambar tersebut ditangkap pada minggu lepas . Ketika Eicha dan keluarganya bercuti di Pulau Pangkor. 
Eicha juga sempat melihat gambar-gambar ketika dia berada di tingkatan 2 . Gambar-gambar itu ditangkap ketika sekolah mereka mengadakan rombongan ke Cameron Highands . Tiba-tiba hatinya terasa sayu . Eicha teringatkan Mia . Eicha melihat gambar-gambar antara dia dan Mia . Tanpa diduga air matanya mengalir .

"Eicha,turun cepat.Kita makan sama-sama."Puan Zila memanggil Eicha
"Baiklah ibu"Eicha akur.Lantas dia mengusap air matanya yang sebentar tadi gugur . Tanpa membuang masa dia terus ke dapur . Perutnya pun sudah terasa lapar. Tunggu masa untuk di isi .

tunggu sambungan yang akan datang . PLEASE like my fanpage dekat sidebar okay ? Mimiey Blogger


                                                                                                                                          mimiey

Label:


Why don't I ever get sick of you !
"How can i explain this feeling ?"