Diari untuk dia .
Khamis, 28 Februari 2013 @ 11:10 PTG | 0 comments


Assalamualaikum ,               



Diari untuk dia .

Semalam 27/2/2013 cukup setahun kita couple kan ? Awak , awak lelaki paling lama saya penah couple . Dan pada tarikh 27/2/2013 tu jugak saya nak berubah . Saya nak jadi diri sendiri , tapi saya rasa awak tak boleh terima keadaan saya macam tu . Awak , sebenarnya saya nak jadi orang yang terbaik untuk awak . Saya cuba  buat lawak walaupun kekadang lawak tu lawak bodoh je . Act , saya nak awak tak bosan dengan saya . Ada kala saya buat lawak sebab nak hidupkan suasana yang kaku . Tapi yang gelaknya saya seorang aje . Awak ? Em , awak diam . Langsung tak gelak . Malu la jugak :')
Ada masa tu saya buat lawak ' bodoh agaknya 'awak langsung tak gelak . Saya buat macam tu sebab nak hepi kan awak masa tu . Tapi yang sedihnya saya . Awak tau saya sedih selama  ni ? Macam  mana saya nak gitau awak semua ni . Saya nak cerita apa yang tersirat dalam hati . Tapi ... saya takut . Saya tak nak kita gaduh .
Masa rehat saya selalu duduk dengan awak . Boleh dikatakan kita selalu bersama . Saya tau awak boring dengan saya . Tapi sejujurnya saya tak penah boring dengan awak . Setiap masa saya nantikan masa nak bersembang dengan awak . Nak gelak , sembang2 , macam2 la . Waktu malam saya col . Saya tau awak dah  boring . Saya sedih bila awak kata awak boring . Memang awak kata awak tak boring dengan saya . Tapi awak kata , kat sekolah dah jumpa dah sembang . Setiap hari col , sembang benda yang sama . Boring la . Masa tu dah menitis air mata ni . Sebenarnya , saya buat macam tu sebab saya tak nak awak boring . Dulu awak penah kata ( masa cuti bulan 11@12 ) , awak rasa macam single je . Saya tak pasti sebab apa awak kata macam tu . Tapi hati ni sedih sangat dengar . Saya buat kesimpulan mungkin awak rasa macam tu sebab kita tak jumpa masa cuti tu . Awak pun tau , saya payah nk keluar rumah . Hanya mampu col dan mesej je masa tu  :')

Lepas awak kata macam tu , saya pun dah bertekad la tak mau abaikan awak . Saya nak sentiasa disamping awak . Tapi saya salah lagi ... awak tak suka :'(  Saya dah tak tau apa lagi nk buat . 
Ada banyak benda yang saya rindu sangat nak buat . Kekadang sampai menangis bila teringat . Ah , dramatis sangat ! 

Saya rindu :
1.Nak mesej dengan awak .
- Dulu masa kita pakai Celcom . Saya set nama awak SUPERMAN ooo . Saya rindu nak mesej dengan Superman saya . Jeles sangat tengok kawan2 mesej dengan bf depa . Dalam hati merintih . 
2.Saya nak awak yang first saya kenal dulu .
- Dulu awak tak suka marah2 saya . Masih ingat dalam ingatan ni . Awak penah kata , awak tak suka marah orang yang awak sayang . Tapi saya ni siapa ? :/
3.Rindu kenangan masa bulan 6 tahun lepas . Erh , bulan 11/12 sekali .
- Huraian ? Hanya hati ni je tau :')

Awakk , saya patut ke jeles ? awak pun patut ke jeles ? Kenapa awak perlu jeles,marah2 saya sebab benda yang kecik . Awak , walaupun awak buat kesalahan yang besar saya tak sanggup nak marah awak . 
Jeles ? Em , saya tak layak nak jeles . Susah nak jelaskan . Ayat dalam hati bersimpul-simpul .
Tapi saya cuma nak awak fikir secara matang . Saya bukan perempuan yang cemburu buta tapi saya ada perasaaan cemburu pada perkara yang patut saya rasa cemburu . Awak fikir lah eh ? 

Saya tak cantik . Saya mengaku saya ni pelik . Lain dari lain . Banyak sangat kekurangan dari kelebihan .  Siapa nak pandang saya ? Saya tak merendah diri ! Tapi ini kenyataan . Saya dah muak . Setiap hari ada je orang nak perli . Rasa malu sangat tapi saya tak mintak jadi macam ni . Saya redha tapi kenapa perlu hina saya ? Saya ada maruah ! Saya ada perasaan malu ! Tapi kenapa diabaikan ...

Kalau satu hari nanti awak dah jumpa perempuan yang awak nak . Perempuan yang awak idam . Saya tak marah . Saya akan cuba senyum walaupun hati ni menangis . Saya sangat tak layak nak halang awak . Selama ni saya setia . Saya dah buat apa yang patut saya buat . Jadi , saya tak salah . Saya tak bersalah . Awak berhak memilih :')
Cuma awak  jangan lupakan saya okay ? Rasa sedih kata macam ni . Saya tak suka perpisahan ! Benciiiiii sangat tapi .. saya nak awak bahagia . Dan saya tegaskan sekali lagi yg awak berhak memilih . 

saya sayang awak . saya nak hubungan kita berpanjangan . saya harap kita boleh bertahan sebab macam2 dugaan,cabaran lagi lepas ni . yang penting ? awak percaya saya dan saya percaya awak :)




IYOU

Why don't I ever get sick of you !
"How can i explain this feeling ?"